Wednesday, April 13, 2011

MAJLIS SUKANEKA KE-2 PPDSP













< lagi foto akan diupload di sini >


Padang Futsal Hj Anuar PPDSP,


Alhamdulillah, Majlis Sukaneka kali ke-2 PPDSP telah diadakan dengan jayanya pada 10/4/2011. Majlis yang telah dirasmikan oleh En Mohamad Azif b Mohamad Arif, Ahli Majlis Perbandaran Sepang ini telah dilangsungkan dengan suasana sangat meriah, telah berjaya mengumpulkan ramai ahli dan kariah PPDSP bagi tujuan mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli dan jiran. Selain dari ahli kariah PPDSP, majlis ini juga telah disertai pasukan tarik tali dan sepak takraw jemputan dari Kg Baru Lanjut.

Pelbagai acara telah dijalankan, yang mana telah menarik minat semua hadirin untuk menyertai setiap acara yang dipertandingkan.


PPDSP ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Tidak lupa ucapan sekapur sireh kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang, para dermawan di atas segala bentuk sumbangan, juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.