Sunday, May 6, 2012

Jubli Emas Penubuhan Kg Lanjut

Majlis sambutan Jubli Emas (ulang tahun ke-50) Kg Lanjut anjuran JKKK telah  diadakan di dewan orang ramai kampung tersebut. Majlis yg telah dirasmikan oleh YB Ir Iskandar A Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Selangor itu telah berjaya menghimpunkan peneroka asal kg ini. Pelbagai aturcara disusun sepanjang program tersebut, termasuk pertunjukan slide sejarah Kg Baru Lanjut, tayangan video Program Masyarakat, deklamasai sajak, anugerah akademik (UPSR & UPSRA) anak-anak kariah dan Anugerah Khas Anak Berjasa bagi pemenang pingat emas Sukan Sea 2011 (lawan pedang - Jakarta).
Acara lain termasuk peraduan mewarna kanak-kanak dan acara sukan rakyat padang.

Berikut disertakan beberapa gambar yg telah dirakam (acara dewan).   











(sila tekan 'slideshow' selepas album dibuka)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.