Saturday, July 28, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA & MOREH

Assalamualaikum Tuan-Tuan ahli kariah DSP,
Majlis berbuka puasa dan moreh akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 16 Ramadhan 1433 (4 Ogos 2012) -- Sabtu
Tempat : Masjid As-Syakirin, Kg Baru Lanjut

Di mohon setiap ahli kariah dapat menghulurkan sumbangan sebanyak RM10/ keluarga dan sepinggan kuih untuk tujuan tersebut. 

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada wakil lorong seperti berikut:
Jalan Permata : Hj Mat Jais
Jalan Permata 1 : En Gadaffi 
Jalan Permata 2/5 : En Sanusi
Jalan Permata 4 : En Abd Latif

atau terus kepada Bandahari (En Zulkifli) atau Pengerusi (Capt Salleh).

Sumbangan kuih boleh dibawa terus ke masjid sebelum berbuka puasa (sila guna bekas pakai buang) untuk memudahkan urusan.

Air minuman akan disediakan oleh pihak masjid.

Persiapan menu utama majlis berbuka & moreh (anggaran 200 orang) akan di buat di rumah Tn Pengerusi, di Jalan Permata, Sabtu, bermula 3.30PM. AJK dikehendaki hadir dan ahli berkelapangan juga dipersilakan hadir membantu. 

Hadith: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhhani r.a, Nabi SAW bersabda yang maksudnya, " Sesiapa yg memberi makan (buka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti org yg berpuasa itu dan pahala org yg berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun". (At-Tirmizi)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.