Monday, April 6, 2009

Majlis Gotong Royong (8/3/2009)

Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Pepatah Melayu yang hampir dilupakan. Tetapi tidak bagi ahli kariah Salak Permata.

Pada majlis gotong royong ini, penglibatan ahli2 kariah adalah amat menggalakkan. Bangga menjadi sebahagian ahli kariah ini kerana sifat baik ini jelas ditunjukkan dalam aktiviti ini.

Lebih bermakna apabila ia mendapat sokongan Majlis Perbandaran Sepang, JKKK Labu Lanjut dan semua pihak yang terlibat. Kepada semua kami ucapkan TERIMA KASIH dan JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

Berikut disertakan beberapa foto yang diambil:



Mak datuk! ni lah batu yang menjadi 'raja' pada sesi gotong royong kali ni.. Boleh buat tugu peringatan nih..



1.. 2.. 3... tooolaaaakkkk!!! (baik2 bang, berat tu..)


guna kaedah tuas & rel.. panjang sikit akal, baru boleh gerak batu besau ni..



1...2...3.... Taaarikkkkk!!! (satu tolak, satu tarik.. baru la OK)




sesi ceramah motivasi bawah pokok (ops! bukan persidangan bawah pokok ya)





pemandangan biasa di mana2 majlis makan-makan..






di sebalik lengan ni, ada satu lagi sesi ceramah motivasi, khas utk kanak-kanak..






Adik n ak nyanyi lagu apa? Lagu Rabbani adalah.. amacam? Ada berani?





amboi, melekat sungguh penutup ni.. dah brapa lama tak dibongkar agaknyer





Ni punca segala sumbat.. macam-macam ada tersangkut sini.. korek jgn tak korek..






Hah! Ni lagi satu tempat sumbat... ish! banyak nye jentik-jentik.. tu hah jentik2..





Nak main sepak raga bulatan ke ni?







Ada jugak simen yg dah keras kat sini.. Meh kita buang nak?






Ada lori baru senang.. potong dahan terus jatuh masuk dlm lori.. Good idea!





Tempat ni ada cadangan nak dijadikan surau.. mesti mau bersihkan lebih-lebih.. ambik berkat..





sama-samalah kita jinjing





Ni pun satu lagi punca parit sumbat dan pusat pembiakan aedes.






tepi sikit bang...




Aktiviti baru nak bermula. Dah panas la pulak..





apakah yang di cari?


apa-apa hal perut kena isi dulu.. baru datang tenaga






Eh! macam kenduri kawin pulak.. ramai kan?





Di mulakan dengan Bismillah.. Mcm2 menu pagi ada





sila bang, sila dik..





Ni aje yang mampu kami beri sbg tanda hati. Terima kasih datang dan sudi merasmikan majlis gotong royong kami. Terima kasih daun keladi




khusuk dengar taklimat pengerusi..




Tuan-tuan, terima kasih sbb datang.. sblm kita mulakan gotong royong ni saya nak beri sedikit taklimat. Kita akan dibahagikan mengikut lorong masing2............
(kalau terjumpa kuda saya yg dah lari jgn lupa bawak sini naa..)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.