Sunday, May 10, 2009

MESYUARAT AGUNG PPDSP KALI PERTAMA




Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Desa Salak Permata (PPDSP) telah diadakan pada 9/5/2009 di Lot 2170 bermula jam 9.00PM.

Seramai kira-kira 60 ahli kariah telah datang dan mendaftar untuk menjadi ahli. Mesyuarat dimulakan dengan pembubaran Jawatankuasa Penaja oleh Pengerusi, Kapt (B) Mohamad Salleh dan disusuli mesyuarat perlantikan Jawatankuasa baru oleh Tn Hj Mahpa. Mesyuarat dimaklumkan bahawa PPDSP telah dengan resminya menjadi pertubuhan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan.

Berikut adalah senarai AJK PPDSP :
Pengerusi : Kapt (B) Mohd Salleh
Naib Pengerusi : Tn Hj Mahpa
Setiausaha : En Sahadan
Bendahari : En Zul
AJK :
Jln Permata - En Hamidi
Jln Permata 1 - En Ghadafi
Jln Permata 3 -
Jln Permata 4 -
Wanita 1 -
Wanita 2 -

Antara aktiviti persatuan yang dirancang:
1. Mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai (Dec 2009)
2. Mengadakan Hari Keluarga dan sukanika (tarikh ditetapkan kemudian)
3. Membeli alatan gotong royong untuk kegunaan aktiviti gotong royong
4. Mengadakan sebuah van jenazah untuk kegunaan ahli kariah dan masjid sekitar
5. Mengadakan majlis bacaan yasin secara berkala (2 minggu sekali)

Sila klik SINI untuk photo sekitar Mesyuarat Agung Pertama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.