Pertama: Tidak menunaikan solat fardu ketika berpuasa atau hanya solat Terawih pada bulan Ramadan.
Kedua: Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ketiga: Malas bekerja dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Keempat: Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Kelima: Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Keenam: Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ketujuh : Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sedangkan mata, hati dan lidah tidak ditahan dari melakukan dosa.
Kelapan: Mengabaikan ibadat malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain
Kesembilan: Malas membaca al-Quran atau menghadkan bacaan pada surah tertentu sahaja seperti surah Yasin.
Kesepuluh: Berbelanja secara boros dan membazir untuk membeli juadah berbuka puasa atau berbuka puasa di tempat-tempat yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi
Kesebelas: Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Kedua belas: Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ketiga belas: Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
Keempat belas: Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Kelima belas: Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur
Keenam belas: Melakukan solat terawih kerana berpegang-pegang dengan hadith palsu berkaitan kelebihan solat terawih.
Ketujuh belas: Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
Kelapan belas: Tidur semula selepas sahur
Kesembilan belas: Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya
Keduapuluh : Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
Kedua puluh satu : Golongan wanita dibebankan dengan tugas menyediakan juadah berbuka puasa yang banyak.
Kedua puluh dua: Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir dari bulan ramadan kerana sibuk membuat persiapan hari raya
Kedua puluh tiga: Menghidupkan pelita pada hari-hari yang terakhir pada bulan ramadan khususnya pada malam ke-27 yang terkenal dalam masyarakat sebagai malam tujuh likur.
Kedua puluh empat: Ada yang tidak solat berjemaah maghrib di masjid dengan alasan bulan ramadan bulan untuk bermesra dengan keluarga.
Kedua puluh lima: Tidak istiqamah dalam menghidupkan bulan ramadan.
Keduapuluh enam: Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.
Keduapuluh tujuh : *Merendah dan ‘kondem’ wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.
Kedua puluh lapan : Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.
Keduapuluh sembilan: Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ; Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.
Ketigapuluh: Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan, malah tidak bimbang jika tidak bertemu dengan Ramadan akan datang.
(Baca, Fikir, Renung, Berubah, Cetak dan Edarkan)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.