Sunday, September 6, 2009

Majlis Berbuka & Terawih PPDSP

Semua ahli PPDSP & penduduk Desa Salak Permata.



Alhamdulillah, majlis berbuka puasa dan terawih telah disempurnakan dengan jayanya spt yang dirancang, iaitu pada 5/9/2009. Majlis yang julung kali diadakan ini telah diadakan di Jalan Permata (perkarangan rumah Hj Mahpa) mendapat sambutan yg menggalakkan dari penduduk Desa Salak Permata.


Lagi foto berbuka & terawih di SINI (maaf kualiti foto kurang memuaskan)

Acara dimulakan dengan berbuka puasa ringan, diikuti dengan solat maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib, jamuan berbuka kemudiannya diadakan, yg menunya adalah kombinasi dari 'pot luck' dan juga 'main course' yang dimasak oleh ahli PPDSP.
Solat Isya' dan terawih pula telah diimamkan oleh YB Utz Sanusi, imam residen kita yang juga ahli kariah DSP.
Pada sebelah petangnya, meja Zakat Fitrah telah dibuka. Ia dikendalikan oleh amil Masjid Kg Baru Lanjut.

PPDSP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat dari-Nya jua, amin..



Lagi foto gotong-royong persiapan di SINI (maaf kualiti foto kurang memuaskan)
Sila hantar cadangan anda ke salakpermata@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.