Saturday, December 26, 2009

GOTONG ROYONG sempena pertandingan

Lot 2168 (26 Dec 2009) -

Program gotong royong telah dijalankan bagi mempergiat kempen kebersihan dan sempena pemilihan taman untuk pertandingan taman terbaik 2009 mewakili zon Labu anjuran MPSepang. Program ini turut disertai wakil MPSepang dan wakil JPP Labu.



Aktiviti ini telah berjaya membantu menyelesaikan 2 perkara kritikal, iaitu memperbaiki saluran longkang yang tersumbat dan membersihkan kawasan tapak taman permainan dan kawasan sekitarnya.


Lagi foto-foto aktiviti gotong royong di ==>SINI<==


Kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, PPDSP mengucapkan jutaan terima kasih. Diharap aktiviti2 membersih dan memperindah kawasan sekitar taman akan sentiasa dilakukan secara berterusan demi menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran tempat tinggal kita bersama.

Sekian Terima Kasih.

PPDSP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.