Sunday, December 6, 2009

Majlis Qurban & Gotong Royong

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WalilLahil Hamd..

Alhamdulillah majlis Qurban 2009 telah berjaya dilaksanakan pada Raya Haji tahun ini. Bertempat di Permata 3, dengan penyertaan dan penglibatan sangat memberangsangkan dari ahli penduduk taman terutama dari kaum ibu, urusan korban telah diselesaikan sebelum solat Jumaat.
Semoga pada tahun akan datang jumlah lembu & penyertaan akan bertambah.
Semoga diberkati-Nya jua.

Seminggu sebelum majlis qurban dilaksanakan, satu program gotong royong (adhoc) telah diadakan yang bertujuan untuk membersihkan longkang yang tersumbat di Permata 3. Bagi memudahkan kerja2 tersebut, sebuah mesin JCB telah digunakan. Alhamdulillah, program ini telah berjaya menyelesaikan longkang tersumbat dan masalah 'over-flow' air di kawasan tersebut.

Disertakan foto-foto majlis qurban (maaf kualiti foto kurang memuaskan).









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.