Friday, December 25, 2009

PERTANDINGAN TAMAN TERBAIK DAERAH SEPANG

Seperti edaran makluman PPDSP bertarikh 21/12/2009 (Edaran rumah ke rumah), adalah dimaklumkan bahawa Desa Salak Permata telah dipilih untuk mewakili Zon Labu dalam pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang (terdapat 24 zon).

Pertandingan ini akan dinilai berdasarkan 2 kategori, iaitu:
1) Kejiranan - 60%
a) Aktiviti taman dan telah dan akan dijalankan
b) Pengetahuan tentang jiran dan ahli kariah serta program yg dijalankan
c) Pengetahuan tentang wakil penduduk samada Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) atau JKKK (Jawatankuasa kampung)

2) Kebersihan dan Keindahan - 40%
a) Sekitar kaasa taman, rumah dan persekitaran
b) Jadual kutipan sampah dan kebersihan

==> SILA KLIK SINI UNTUK KERTAS KERJA SISTEM PENILAIAN TAMAN PERUMAHAN TERBAIK MPSEPANG 2009 <===

Untuk tujuan tersebut, PPDSP akan menganjurkan program gotong-royong pada 26/12/2009 (Sabtu), juga membuat bancian utk ahli kariah yang borang perlu dikembalikan kepada wakil-wakil berikut sebelum atau pada 25/12/2009:

Jalan Permata - Mat Jais Ahmad (12 Jln Permata - 0122889572)
Jalan Permata 1 - Shahadan b Man (1, Jln Permata 1 - 0195717575)
Jalan Permata 3 - Azlisham b Abd Hamid (6, Jln Permata 3 - 0193115990)
Jalan Permata 4 - Mohd Nizam b Mohd Sadri (31, Jln Permata 4 - 0192995809)

Borang bancian juga boleh didapati di sini (KLIK SINI)

===> KLIK SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT LOCAL AGENDA 21 MPSepang


Kerjasama dari semua di dahului dengan ucapan jutaan teima kasih.

PPDSP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.