Saturday, February 20, 2010

PANDUAN MENDIDIK ANAK-ANAK

Maka barangsiapa yang melalaikan pendidikan yang berguna kepada anaknya dan meninggalkannya secara sengaja, maka dia telah melakukan sesuatu yang sangat buruk.
Sesungguhnya kebanyakan anak anak itu kejahatan mereka berpunca kerana kelalaian bapa-bapa mereka dan kerana meninggalkan pendidikan anak-anak tentang perkara yang fardu dan sunat dalam agama.
Maka mereka melalaikan anak-anak mereka yang masih kecil, kerana anak-anak ini tidak ada apa-apa kegunaan pada mereka. Dan tidak berguna juga kepada bapa-bapa mereka apabila mereka telah dewasa sepertimana sebilangan mereka memarahi anaknya kerana mengingkarinya.
Maka berkatalah si anak: Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau telah mengingkari hak ku semasa daku kecil dahulu, maka aku pun mengingkari hak mu setelah diriku dewasa. Engkau melalaikan hak ku sebagai seorang anak, maka aku melalaikan hak mu sebagai orang tua.

*** YANG MANA SATU PILIHAN KITA: BIAR ANAK-ANAK KITA MENANGIS DAHULU SKRG ATAUPUN KITA YANG AKAN MENANGIS KERANA HAL-HAL MEREKA APABILA MEREKA DEWASA KELAK.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.