Tuesday, November 13, 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Khatan Beramai-ramai 2012 PPDSP

Alhamdulillah, majlis Khatam Al-Quran dan Berkhatan beramai-ramai telah dilangsungkan dengan jayanya pada 10/11/2012. Program anjuran PPDSP ini telah berjaya mengumpulkan seramai 20 peserta khatan dan 10 peserta khatam Al-Quran dari seluruh Zon Labu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang bagi Zon Labu, Mej (B) Hj Jaafar b Pangat.
PPDSP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Ucapan terima kasih terutamanya kepada penaja program, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Pelek,  JPP Zon Labu & Zon Salak. Juga dengan kerjasama erat dari JKKK Kg Baru Lanjut dan AJK Masjid As-Syakirin Kg Baru Lanjut.

PPDSP.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.