Balairaya Kg Salak Tinggi, 13/7/2011.
Satu Perjumpaan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dengan semua penduduk Zon Labu telah di adakan pada 13/7/20011, bertujuan menyelaras semula penamaan semua taman di Zon Labu. Perkara ini adalah atas initiatif pihak MPS bagi mengkaji penjenamaan semua taman di zon ini kerana nama taman sedia ada tidak mengikut garispanduan. Nama2 taman mungkin akan ditukar agar selaras dan mencerminkan kedudukan sebenar lokasi. Ini akan memudahkan pihak pos menyerahkan dokumen, jugak kesulitan orang luar yang hendak mencari sesebuah rumah di kawasan ini. Lebih penting dari itu, perkara ini adalah dalam perancangan jangka panjang MPS dalam memastikan pembangunan daerah ini adalah tersusun, demi utk kemudahan generasi akan datang.
Perkara ini masih lagi di peringkat perbincangan dengan semua pihak, di mana sebarang persetujuan dan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Tuan YDP MPS, Pengarah Perancang Bandar MPS, Ahli Majlis Zon Labu dan semua wakil taman telah hadir dalam perbincangan peringkat awal ini.
PPDSP telah menghantar beberapa org wakil pada majlis tersebut.
Disertakan gambar Tn Haji Mahpa sedang menerima cenderamata bersempena penyertaan taman kita dlm program gotong royong perdana baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.